Monday, October 4, 2010

Fungsi Muzakarah Berkelompok



Usrah merupakan salah satu medan pentarbiahan diri yang untuk semua peringkat. Namun ramai mahasiswa/wi tidak dapat melihat ianya sebagai satu permata yang cukup berharga. Bayangkan kalau datang usrah dapat duit,confirm semua pakat nak mai,ni dapat permata weh….tak mau ka…??

Perkataan ‘usrah’ memang sensitive untuk disebut di Mesir,so ditukar kepada Muzakarah Berkelompok atau MB,tapi bukan Menteri Besar tau…sat lagi lain yang jadi…



Kadang-kadang bila fikirkan balik,rasa pelik pun ada,macam mana ada orang berfikir untuk culas atau lari dari Muzakarah Berkelompok ni. Pelik binti ajaib. Punya la tak nak masuk Muzakarah Berkelompok,sanggup lari,letak dalam status YM “hari ini hari jumaat ada usrah,jom pakat-pakat lari”. Sampai macam tu sekali. Parah tu. Bukan suruh pergi perang pun,masuk,dengar dan ambil bahagian sikit. Itu je. Itu pun tak nak. “Beghak nanang”(loghat oghang ganu kite maksudnya berat sungguh).

MB ini juga merupakan waktu merehatkan kita,slogan best untuk MB ni ialah “rehatkan kami dengan usrah atau MB”. Amacam?? Seminggu sibuk mengaji sana-sini,buat kerja sana-sini,hari Jumaat ni je hari yang diperuntukkan untuk MB. Kadang-kadang pelik juga,bukan lama pun ambil masa untuk MB ni,kadang-kadang sejam lebih sikit je,betul tak kan?? PMRAM memang memahami keadaan ahli-ahlinya yang sibuk ,itulah sebab PMRAM mengosongkan hari Jumaat khusus untuk MB dijalankan.

Tidak akan rugi bagi sesiapa yang masuk menyertai halaqah MB ni. Malah membantu mengembangkan ilmu yang kita ada. Setengah orang ingat MB ni tak menambahkan ilmu. SILAP!!! TOTALLY WRONG!! Dalam MB ni menguat dan mengukuhkan ilmu yang kita ada. Percaya dan yakinlah wahai sahabat-sahabatku.

Ucapan Presiden PMRAM 2010 pernah cakap “hanya mati sahaja yang akan menghalang untuk tidak pergi ke MB”. Fuh…amacam ayat tu,mendalam maknanya,sebab apa Presiden cakap macam tu?? Sebab MB ni memang penting gila. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku yang dok culas-culas tu,mai la MB,dah la program tak mai,MB tak masuk,so apa hangpa dapat?? Jangan bagi alasan sibuk hari Jumaat. Mana ada program hari Jumaat.


Tapi ada juga nak buat program hari Jumaat. Aduh…memang parah orang macam ni,cakap orang tak nak dengar. Udoh le..hanya orang-orang yang berakal sahaja yang akan berfikir dengan apa yang ana tulis ni. Harap dapat memberi kefahaman kepada sesiapa yang belum faham. Bagi yang belum merasai ‘zuq’ MB ni,teruskan berada dalam MB ye,jangan lari-lari ok. Selamat ber’MB’.

Saturday, October 2, 2010

Nantikan daku di sana...



Entah la….apa nak dinamakan perasaan ni…sedih pun ada,gembira pun ada…bercampur-baur perasaan….huhuhu,gembira pasal dah berjaya habis 4 tahun ‘ala tul…sedih pasal hilang seorang sahabat dalam perjuangan ni.

Tapi bila difikir-fikirkan balik,ada baiknya sebab tujuan asal untuk bermukim dekat sini ialah untuk ‘ke sana juga’. Ke mana tu? Ke Malaysia. Sebab apa? Sebab dalam Al-Quran ada menyebut,surah at-taubah : 122, “Dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya”.

Point kat situ ialah “apabila telah kembali”. Pulang ke Malaysia dengan membawa bekalan ilmu yang dicari di Mesir ini untuk membawa satu perubahan kepada umat tanah air. Memang dari pandangan orang selalunya benda tu agak mustahil tapi ana cukup yakin dan percaya kepulangan sahabat ana ini akan memberikan satu keajaiban kepada masyarakat.


Sebab apa boleh cakap macam tu? Sebab aku kenal siapa sahabatku ini. Walaupun baru bekerja dan berjuang setahun dengan beliau,cukup untuk menyelami kelebihan yang ada pada diri beliau. Pantas berfikir,bijak mencari dan menggunakan ruang yang ada,pandai membahagikan masa,komunikasi baik dan banyak lagi.

Beliau juga merupakan tulang belakang kepada KPIPM. Bertindak sebagai pengukuh dan benteng yang kuat bagi sesiapa yang cuba untuk menghancurkan KPIPM,silap la yop..huhu,tak dapat la….

Dan sekarang ni kita tunggu je generasi baru yang dibentuk oleh beliau. Orang luar jangan ingat beliau pergi tanpa pesan dan peringatan. Dan korang jangan ingat korang boleh melonjak lepas ni. Nak tunjuk belang pulak. Ini peringatan kepada yang cuba menggoyahkan kesatuan yang sudah terbina lama ini. Intima’ Aqidi menjadi pegangan kami,bukan Syakhsi,insyaAllah dengan keberkatan niat untuk menegakkan kalimah Allah,kami akan terus berjuang,berjuang dan berjuang.



Kepada sahabatku saudara Mohammad Amin Abd Rahman,semoga perjuanganmu tidak terhenti di sini,berjuang pula di tanah air sana. Nantikan kepulanganku untuk bersama dalam perjuangan di sana. Terima kasih di atas segala baktimu untuk kami. Semoga Allah bersama kita.


Iklaneka

Gambar KPIPM