"Don't
judge a book by its cover" ungkapan untuk memberi maksud kepada jangan
mudah memberikan satu kesimpulan hanya pada luaran sahaja.
Mentaliti
seumpama ini semakin menular dalam pemikiran masyarakat, namun menurut kaca
mata Islam sendiri ada perkara yang lebih penting untuk mendatangkan impak
daripada sudut luaran.
Realiti
kini, aspek ini semakin tidak menjadi keutamaan bahkan ada yang tidak menjadi
ianya satu kepentingan dalam setiap perkara dalam melakukannya. Keikhlasan
dalam setiap gerak kerja dan tindakan kita sebenarnya mampu melahirkan impak
yang maksima kepada suasana sekeliling kita.
Oleh
yang demikian, kita sendiri boleh melihat tahap keikhlasan kita dalam diri
adakah semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT ataupun sebaliknya. Secara
tidak langsung ianya berkaitan dengan niat kita melalui lintasan hati kerana
nilai keikhlasan merupakan perkara abstrak dan hanya Allah SWT sahaja
mengetahui segalanya.
Beberapa
pendapat berkaitan dengan niat, antaranya :
-
Niat berkait rapat dengan maksud yang tertentu sekaligus diaplikasikan melalui
tindakan seseorang.
-
Niat adalah keinginan sesuatu yang disertakan dengan tindakan ataupun lebih
dikenali dengan istilah "Azam".
-
Niat akan membangkitkan hati dan seiring dalam setiap tindakan samada
mengundang kebaikan dan keburukan.
Justeru,
niat yang ikhlas bakal diekspresikan melalui tindakan kita sendiri sekaligus
dapat memberikan gambaran mereka sekeliling. Realiti kini kita dapat melihat,
kebejatan pemikiran masyarakat dunia dibantu pula dengan kecanggihan teknologi
moden sudah pasti segalanya menjadi persoalan apakah tindakan mereka
benar-benar ikhlas atau mempunyai agenda tersendiri.
Tidak
salah menggunakan segala kemudahan yang ada cuma harus dilihat kembali dasarnya
samada dilakukan untuk kepentingan sendiri ataupun semata-mata kerana Allah
SWT. Keikhlasan yang berkualiti perlu dibentuk dengan sebaik mungkin agar tidak
dicemari dengan unsur-unsur lain. Implikasinya, kecintaan kepada Allah SWT
semakin pudar dan pengakhirannya mengharapkan kepada makhluk lain daripada
Maha Pencipta seluruh alam.
Elemen
penting dalam memastikan nilai keikhlasan kita tidak menyimpang daripada landasan
sebenar adalah seperti:
1-
Memikirkan nilaian Allah SWT berbanding nilaian manusia. Seperti kata Fudhail
bin I'yadh : "Melakukan sesuatu kerana manusia syirik manakala
meninggalkan sesuatu kerana manusia adalah riak'.
2-
Tiada perbezaan dalam setiap tindakan samada dalam keadaan terbuka atau
tersembunyi, biarpun khalayak ramai ataupun individu."Barangsiapa berhias
kerana manusia tiada nilaian di sisi Allah SWT".
3-
Sentiasa menerima segala pujian dan kritikan dengan terbuka dan tidak hanya mengharapkan
pujian setiap masa.
Dengan
penjagaan rapi untuk memastikan keikhlasan kita sepenuhnya kepada Allah SWT
sudah pasti daripada luaran akan menzahirkan impaknya. Apabila kita menghayati
sejarah perjuangan pahlawan Islam terdahulu, akidah perjuangan yang didokong
dengan keikhlasan dan keyakinan pada Allah SWT telah memberikan kemuliaan
mereka di dunia lagi.
Biarpun
kehilangan harta, keluarga dan seumpamanya namun keihklasan mereka membenarkan
setiap janji Allah SWT kepada amalan yang mereka lakukan. Atas dasar ini, kita
perlu melihat setiap amalan yang dilakukan samada benar-benar ikhlas atau
menyimpang daripada landasan sebenar. Sekiranya kita benar-benar ikhlas,
bantuan Allah SWT sentiasa mengiringi gerak langkah kita dan pengakhirannya
mendapat keredhaan Allah SWT.
Kesan
daripada amalan yang ikhlas maka hasil diperolehi juga mampu membentuk diri
kita sebagai seorang muslim sejati. Antaranya :
-
Ketenangan hati dan kebahagiaan jiwa.
-
Suntikan kekuatan ruhhiyyah dan meninggikan keyakinan pada Allah SWT.
-
Komited dalam setiap gerak kerja dan amalan.
-
Menjadikan satu kebiasaan kepada ibadat seperti solat yang dianggap satu
kebiasaan bukannya ibadat.
-
Mampu menilai tahap keutamaan dalam satu amalan samaada perlu dilakukan atau
perlu diutamakan.
-
Bantuan Allah SWT sahaja tempat memohon segalanya.
Natijah
ini akan mendatangkan sesuatu yang lebih bermakna bukan hanya kebaikan di dunia
sahaja bahkan di akhirat. Oleh demikian, sayugianya kita perlu merenung diri
kita kembali agar segala yang dilakukan tidak terperangkap dalam bisikan
syaitan dan akhirnya terpenjara dalam kancah kehinaan. Sudah pasti nilaian pada
luaran juga akan terserlah andai berpaksikan keikhlasan kepada tuhan pencipta
sekalian alam.
Manusia
sentiasa diberikan pilihan oleh Allah SWT untuk mencari keredhaanNya, segalanya
bergantung kepada kita dalam memilihnya demi kebaikan Islam dan ikhlas dalam
perjuangan menjunjung agama.
"Memartabat
Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Zulhafeez
bin Ahmad Zahidi
Timbalan
Presiden
[Lajnah
Perancang & Panitia]
Persekutuan
Melayu Republik Arab Mesir 2012