Sunday, May 8, 2011

Tukar Baju 2 Kali Je Sehari, Itu Pun Kena Tegur

Bila melihat keadaan negara yang macam ni, kadang-kadang timbul beberapa persoalan.

  • Adakah Malaysia negara yang tidak mempunyai minyak?
  • Adakah Malaysia sudah kehabisan duit?
  • Mengapakah Malaysia tiada duit?
  • Ke manakah perginya semua duit?
Rakyat tanggung tapi pemimpin still naik kereta mahal.

Saidina Umar R.A dulu kena tegur pasal dia dalam sehari dia tukar baju 2 kali je. hahaha...boleh nampak tak apa yang cuba disampaikan. Saidina Umar tuu... bukan calang-calang orang tu. Sahabat nabi semua hebat-hebat. kalau nak dibandingkan dengan kita memang bagi langit dan bumi la..

So wahai pemimpinku, bekerjalah untuk rakyatmu. Kamu akan disoal kelak. Sama-sama muhasabah diri ok.

Tuesday, May 3, 2011

Najib Kena Siku Dengan Tok Guru?? Malaysiakini


Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika". nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu. Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu. Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak. NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu. "Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas "Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan. azlanMursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat. "Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. "Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya. azlanNik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini. "Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. "Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

Sunday, May 1, 2011

Kutub Sittah Kalut Nak Halang, Yang Ini Diam Pulak


Terkejut apabila melihat iklan dalam Facebook tadi. Berkenaan tentang benda yang ‘best’ ni nak buat kat Mansurah. Pelik dan hairan semakin menjadi-jadi ni. Kenapa ada orang yang terfikir nak buat program-program yang macam ni haa?

Ni nak respon sikit pasal benda ni. Awok still pening macam mana boleh ada penglibatan program yang gini kat Mesir ni.

Kalau ada orang sudi jawapkan soalan-soalan berikut :

1. Apakah faedah yang akan diperolehi dari penglibatan program seperti ini?

2. Adakah penglibatan program ini sahaja yang boleh mendidik mahasiswa?

3. ADAKAH PIHAK JPMK BERSETUJU DENGAN PENGLIBATAN PROGRAM INI?

Haa…soalan yang ketiga tu teman nak ulas sikit.

Kalau melihat dari keadaannya memang pihak JPMK bersetuju dengan program ni pasal maybe alasan dia program ini boleh meningkatkan ukhuwah sesama student. (agak-agaknye la kot)

Kalau itu alasannya baik tak payah. Banyak lagi program yang boleh menguatkan ukhuwah.

Yang peliknya PROGRAM KUTUB SITTAH kalut nak halang tapi program macam ni senyap je. “diam tandanye redha”.

Mana pihak JPMK yang kata nak jaga student. Jaga dengan membiarkan penglibatan di dalam program macam ni?

Program yang betul-betul merosakkan umat Islam. Jangan terlampau sibuk dengan “kerja” yang bukan sepatutnya sebagai seorang pegawai sampai lupa benda yang wajib ni.

Kita semua ni dah letih dah tengok anak muda rosak kat Malaysia tu. Rancangan itu ini yang memang tak ada manfaat langsung kepada umat. Nak salahkan siapa? Fikir sendiri jawapannya.

Medics' Got Talent

Iklaneka

Gambar KPIPM