Sunday, May 1, 2011

Kutub Sittah Kalut Nak Halang, Yang Ini Diam Pulak


Terkejut apabila melihat iklan dalam Facebook tadi. Berkenaan tentang benda yang ‘best’ ni nak buat kat Mansurah. Pelik dan hairan semakin menjadi-jadi ni. Kenapa ada orang yang terfikir nak buat program-program yang macam ni haa?

Ni nak respon sikit pasal benda ni. Awok still pening macam mana boleh ada penglibatan program yang gini kat Mesir ni.

Kalau ada orang sudi jawapkan soalan-soalan berikut :

1. Apakah faedah yang akan diperolehi dari penglibatan program seperti ini?

2. Adakah penglibatan program ini sahaja yang boleh mendidik mahasiswa?

3. ADAKAH PIHAK JPMK BERSETUJU DENGAN PENGLIBATAN PROGRAM INI?

Haa…soalan yang ketiga tu teman nak ulas sikit.

Kalau melihat dari keadaannya memang pihak JPMK bersetuju dengan program ni pasal maybe alasan dia program ini boleh meningkatkan ukhuwah sesama student. (agak-agaknye la kot)

Kalau itu alasannya baik tak payah. Banyak lagi program yang boleh menguatkan ukhuwah.

Yang peliknya PROGRAM KUTUB SITTAH kalut nak halang tapi program macam ni senyap je. “diam tandanye redha”.

Mana pihak JPMK yang kata nak jaga student. Jaga dengan membiarkan penglibatan di dalam program macam ni?

Program yang betul-betul merosakkan umat Islam. Jangan terlampau sibuk dengan “kerja” yang bukan sepatutnya sebagai seorang pegawai sampai lupa benda yang wajib ni.

Kita semua ni dah letih dah tengok anak muda rosak kat Malaysia tu. Rancangan itu ini yang memang tak ada manfaat langsung kepada umat. Nak salahkan siapa? Fikir sendiri jawapannya.

Medics' Got Talent

No comments:

Post a Comment

Iklaneka

Gambar KPIPM