Wednesday, July 28, 2010

Hantar barang balik Malaysia cepat..


Haaa....mai-mai rapat-rapat,yang jauh mai dekat yang mai rapat....hahaha...ni pasai apa tiba-tiba duk kat pekan sabtu pulak nih....hahaha..selalu ayat macam tu dengar kat pasar-pasar je....hari masuk dalam blog pulak...hahaha....bukan apa,nak bagi tau ni sekarang ni ada lagi satu syarikat baru kat mesir ni menawarkan perkhidmatan penghantaran barang-barang ke Malaysia.

apa nama syarikat tu?? haa...nama dia '' Darul Naim Brother's ''. kalau nak tengok iklan tu macam best gak,so apa lagi tunggu. Lagi-lagi untuk orang yang nak balik Malaysia tak lama lagi, tunggu natijah imtihan " wa ba'den " (pastu) " chalo bete " balik la...huhu

Jangan tunggu lagi kawan-kawan,barang banyak tu,tak kan nak usung sendiri naik kapal terbang nanti..huhu..

Kapal tangki rosak akibat ombak misteri


MUSCAT - Sebuah kapal tangki minyak Jepun mengalami kerosakan kerana dibadai ombak misteri di Selat Hormuz, salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia ketika kapal berkenaan dalam perjalanan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Tiada tumpahan minyak dilaporkan dari kapal tangki M Star itu namun seramai 31 orang anak kapalnya cedera.

Pada asalnya, pemilik kapal itu, Mitsui O.S.K. melaporkan terdapat letupan di atas kapal yang mungkin disebabkan oleh satu serangan.

"Seorang anak kapal ternampak cahaya sebelum letupan berlaku.

"Justeru pemilik kapal (Mitsui) percaya ia mungkin disebabkan oleh serangan," jelas satu kementerian Jepun dalam satu kenyataan.

Namun, tiada bukti untuk mengukuhkan dakwaan itu.

"Punca insiden ialah ombak misteri, terdapat kerosakan di dek-dek penginapan. Kapal itu tidak ditunda kerana enjinnya tidak rosak.

"Kapal itu akan diperiksa dan boleh meneruskan perjalanannya ke Chiba, Jepun," kata seorang pengurus besar di Pelabuhan Fujairah, UAE.

Pihak pengawal pantai Oman menyatakan satu gegaran gempa bumi menjadi punca tercetusnya ombak tersebut.

Seorang ahli kajian gempa bumi di Iran memberitahu, satu gempa bumi berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku di Bandar Abbas.

Selepas kejadian itu, pegawai-pegawai Kementerian Pengangkutan Oman menegaskan laluan perkapalan di Selat Hormuz beroperasi seperti biasa.

Kapal tangki itu membawa 2.3 juta tong minyak mentah dan mempunyai seramai 16 orang krew Filipina serta 15 orang krew India.

Impak ke atas pasaran minyak mentah sangat kecil dan kapal tangki tersebut dijangka mengambil masa tiga minggu untuk tiba ke destinasinya.

Dianggarkan sebanyak 17 juta tong minyak dibawa melalui Selat Hormuz setiap hari. - Reuters

Tuesday, July 27, 2010

Inilah apabila syariat nombor 2 selepas akal



MELAKA: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai didera berikutan mengalami kesan lebam dan kecederaan pada beberapa bahagian badan, diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebuah rumah di Batu Berendam, semalam.

Difahamkan, bayi malang itu diselamatkan selepas seorang penduduk menghubungi JKM selepas mengesyaki sesuatu yang buruk menimpa mangsa.

Pegawai JKM Melaka Tengah, Saidatul Aini Jafri berkata, sebaik menerima maklumat pengadu kira-kira jam 11 pagi, sepasukan pegawainya bergegas ke rumah dipercayai milik pengasuh kanak-kanak itu untuk menjalankan siasatan lanjut.


Menurutnya, pengadu memaklumkan bayi itu dalam keadaan lemah, selain mempunyai beberapa kesan kecederaan.

“Sejurus tiba, pegawai kami melakukan pemeriksaan dan mendapati aduan itu berasas apabila bayi berkenaan mengalami banyak kesan lebam pada beberapa bahagian badan termasuk di muka, kaki dan tangan. Dia dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk pemeriksaan lanjut.

“Setakat ini, bayi berkenaan masih dirawat dan diletakkan di bawah pemerhatian doktor sebelum tindakan susulan diambil,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Kecemasan HM, di sini, semalam.

Saidatul Aini berkata, setakat ini, pihaknya belum dapat menentukan individu terbabit menyebabkan bayi itu mengalami kecederaan.


“Kami masih menunggu laporan penuh doktor yang merawat bayi itu sama ada terdapat unsur penderaan atau sebaliknya. Apabila mendapat pengesahan perubatan sama ada bayi berkenaan didera atau sebaliknya baru kita membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

“Ketika dibawa pemeriksaan, doktor mengarahkan bayi berkenaan ditahan di hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, daripada maklumat awal diperoleh, tiga wanita termasuk seorang pengasuh berada di rumah itu bagi menjaga lima anak kepada seorang wanita berusia 28 tahun termasuk bayi malang berkenaan.

“Saya difahamkan, pengasuh terbabit juga terkejut melihat kecederaan dialami bayi berkenaan sebelum kami menerima aduan kejadian itu,” katanya yang turut menjelaskan hasil semakan sijil kelahiran mendapati bayi itu disyaki anak tidak sah taraf kerana nama bapanya tidak dinyatakan.

Difahamkan, ibu bayi malang itu mendakwa ditinggalkan suaminya sejak setahun lalu, namun masih belum diceraikan dan menetap serumah bersama teman lelakinya yang juga rakan sekerjanya di sebuah pasar raya berusia 20-an.

Menurut wanita berkenaan, dia terkejut apabila mendapati anak bongsu daripada lima beradik itu mengalami kesan lebam.

Kasih seorang ibu



BATU PAHAT: “Naluri keibuan saya pernah terlintas mengatakan anak saya mungkin akan ditimpa kemalangan, tetapi tidak sekali-kali menjangka ia menjadi kenyataan.“Kini yang tinggal hanya kenangan dan hadiah terakhirnya berbentuk baju kurung serta wang RM100 untuk sambutan Aidilfitri yang diberikannya ketika menyambut hari lahir saya ke-47, 3 Mac lalu,” kata ibu pelatih Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Nik Hasnah Nik Yeh, 47.

Dia pitam seketika selepas diberitahu anak keduanya, Hasnizan Abdul Wahid, 27, meninggal dunia akibat parah selepas payung terjun digunakan tidak berfungsi dalam latihan terjunan di Terengganu, semalam.

Ibu enam anak itu, baru pulang daripada kelas mengaji al-Quran sebelum diberitahu berita berkenaan oleh anak bongsunya seolah-olah mengiakan segala kebimbangannya selama ini.

Nik Hasnah ketika ditemui berkata, sejak Allahyarham memberitahu dia ingin menyertai pasukan payung terjun tahun lalu, hatinya sentiasa berdebar-debar dan tidak tenteram.

Menurutnya, itu kali terakhir dia bertemu sebelum Hasnizan meneruskan latihan, namun anaknya yang melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober tahun lalu tidak pernah lupa menelefonnya setiap kali sebelum memulakan latihan.

Katanya, kali terakhir Hasnizan menghubunginya pada jam 9 malam kelmarin, apabila arwah memberitahu akan menjalani latihan dan meminta dia mendoakan keselamatannya ketika melakukan terjunan semalam.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdul Wahid Saim, 52, berkata dia menerima panggilan telefon kira-kira jam 3.30 petang semalam, ketika membaiki atap zink di rumah jirannya.

Katanya, seorang pegawai TUDM menghubungi telefon bimbitnya dan memberitahu supaya bersabar dan tidak terkejut dengan berita yang bakal disampaikan.


“Pegawai itu memberitahu ada kejadian tidak diingini berlaku di mana payung terjun arwah tidak terbuka dan terjatuh dari ketinggian 5,000 kaki.

“Pegawai berkenaan berkata, ketika kejadian Hasnizan dalam keadaan stabil, tetapi kritikal sebelum menerima panggilan kali kedua beberapa minit kemudian mengatakan dia meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini,” katanya.

Abang sulung mangsa, Indra Amirul Nizam, 27, berkata adiknya itu pernah mengajaknya ke Kuala Lumpur untuk melihat keadaannya di sana, tetapi tidak sempat berbuat demikian.

“Mak ada cakap arwah seorang pendiam dan suka menyendiri di rumah, tetapi dia suka melayan adik-beradik.

“Keluarga kami memilih kerjaya tentera kerana mengikut jejak datuk dan bapa sebelum diikuti Allahyarham,” katanya.

Menurutnya, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Mampan, Simpang Lima di sini.

Difahamkan, Allahyarham Hasnizan menyertai Paskau sejak Julai tahun lalu selepas menyertai TUDM pada 2002.

Allahyarham melangsungkan perkahwinan dengan seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, namun belum dikurniakan zuriat.

Monday, July 26, 2010

seronok la kome...



Salam semua...haha...hari ni hari yang paling best sebab dah letih buat kerja 2 hari berturut-turut,akhirnya setel jugak hari ni. Hari ni jugak hari yang best kepada sesiapa yang nak mencalonkan diri untuk menjadi AJKT bagi sesi 2010/2011 sebab hari ni tarikh pencalonan dibuka oleh AJK Khas Pilihan Raya 2010. Jadi kepimpinan ni bukan semudah yang disangka. Kadang-kadang orang rasa best jadi AJKT padahal Allah Taala sahaja yang dapat memahami keadaan sebenar. Orang selalu tak nampak masalah sebenar dalam jadi kepimpinan,bila jadi kepimpinan ni kena fikir masalah orang dan masalah kita lagi. Masalah orang pun dah tak larat nak fikir, tambah lagi dengan masalah sendiri pulak lagi. So nasihat kepada sesiapa rasa diri tu nak jadi AJKT tahun ni,pastikan anda bersedia diri tu fizikal dan mental. Sebab bukan semua orang boleh FIKIR SAMA DENGAN APA YANG KITA FIKIR. Kalau rasa layak 'go on',kalau tak muhasabah diri dulu ok na...Selamat Mencalonkan Diri buat anda yang nak terjun dalam dunia yang penuh cabaran ini.

Bahana 6 ubat nyamuk



KAJANG: “Saya mendengar dia menjerit meminta tolong, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana api makin marak,” kata kawan karib kepada mangsa rentung, Syed Omar Ali Syed Zakir, 11.

Mangsa, Abdul Rahman Rosmali, 9, ditemui rentung dalam bilik asrama Pusat Pengajian Tahfiz al-Quran Hayatul Uloom akibat tidak sempat melarikan diri bersama tujuh lagi rakannya.

“Saya sudah menasihati rakan untuk membakar satu saja ubat nyamuk itu, tetapi mereka berdegil mahu memasang enam dengan alasan malam itu terlalu banyak nyamuk.

“Masih terngiang-ngiang lagi suara Abdul Rahman meminta tolong, tetapi api makin marak menyebabkan dia dihempap kayu, saya dan enam lagi rakan juga dipaksa keluar dari bilik itu bagi menyelamatkan nyawa kami.

Dalam kejadian 2 pagi itu, lot banglo dua tingkat itu yang menempatkan 20 pelajar, hangus menyebabkan Abdul Rahman yang terperangkap dalam bilik itu rentung.

Bapanya, Rosmali Saad, 37, berkata, dia reda dengan ketentuan itu dan menerima berita sedih berkenaan dengan tenang.

“Saya menerima panggilan jam 2 pagi mengatakan pusat pengajian tahfiz itu terbakar, saya bergegas ke tempat kejadian dan pada mulanya saya tidak menyangka budak rentung itu anak saya.

“Arwah seorang yang pendiam, dia budak yang baik dan rajin, apa pun saya reda dengan pemergiannya, mungkin ini ujian Tuhan untuk kami sekeluarga.

Rosmali berkata, kali terakhir dia menemui anaknya itu pada Jumaat lalu di masjid berdekatan ketika mahu solat Jumaat.

“Seperti biasa dia hanya tersenyum pada saya dan tidak menunjukkan apa-apa petanda dia mahu pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji Palir, Batu 15 1/2, Hulu Langat di sini, semalam.

Abang mangsa, Abdul Malik, 14, berkata, dia percaya, punca kejadian akibat ubat nyamuk yang dipasang dalam bilik itu.

“Saya ada bertanya kepada rakan adik mengenai punca kejadian dan mereka mengatakan ubat nyamuk yang dipasang menyambar pakaian yang ada di bilik itu, malah turut menyambar kaki seorang rakan yang lain, tapi berjaya dipadamkan,” katanya yang juga penuntut di pusat pengajian sama.

Jenazah Abdul Rahman dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Dusun Tua jam 2 petang, semalam.

Ketua Balai Bomba Kajang, Shauki Abdullah, berkata 14 anggota dan dua jentera dikejar ke sana bagi memadamkan api dan ketika tiba di tempat kejadian, hampir 80 peratus asrama tahfiz itu sudah terbakar.

“Kebakaran berjaya dikawal setengah jam kemudian daripada merebak ke kediaman berhampiran,” katanya.

Shauki berkata proses memadamkan kebakaran itu turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah.

Tambahnya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, namun tidak menolak kemungkinan berpunca daripada lingkaran ubat nyamuk yang dipasang.

Pengasas rumah tahfiz terbabit, Dr Shahrir Hussin berkata dia menyerahkan kepada polis dan bomba untuk mentafsir kerugian serta punca kejadian.

“Bagaimanapun saya reda dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kehilangan seorang pelajar yang amat baik dan tidak banyak kerenah seperti Abdul Rahman,” katanya.

Sunday, July 25, 2010

dulu dengar lain,sekarang pulak???


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...



Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"


Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.


Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.



Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"



Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -



1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.



2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.



Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.



Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy



Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...




Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds



Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.



Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :


1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :



(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...



Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.



Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...






2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar



Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.



" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"



3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"



Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...



Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Iklaneka

Gambar KPIPM