Monday, October 4, 2010

Fungsi Muzakarah Berkelompok



Usrah merupakan salah satu medan pentarbiahan diri yang untuk semua peringkat. Namun ramai mahasiswa/wi tidak dapat melihat ianya sebagai satu permata yang cukup berharga. Bayangkan kalau datang usrah dapat duit,confirm semua pakat nak mai,ni dapat permata weh….tak mau ka…??

Perkataan ‘usrah’ memang sensitive untuk disebut di Mesir,so ditukar kepada Muzakarah Berkelompok atau MB,tapi bukan Menteri Besar tau…sat lagi lain yang jadi…



Kadang-kadang bila fikirkan balik,rasa pelik pun ada,macam mana ada orang berfikir untuk culas atau lari dari Muzakarah Berkelompok ni. Pelik binti ajaib. Punya la tak nak masuk Muzakarah Berkelompok,sanggup lari,letak dalam status YM “hari ini hari jumaat ada usrah,jom pakat-pakat lari”. Sampai macam tu sekali. Parah tu. Bukan suruh pergi perang pun,masuk,dengar dan ambil bahagian sikit. Itu je. Itu pun tak nak. “Beghak nanang”(loghat oghang ganu kite maksudnya berat sungguh).

MB ini juga merupakan waktu merehatkan kita,slogan best untuk MB ni ialah “rehatkan kami dengan usrah atau MB”. Amacam?? Seminggu sibuk mengaji sana-sini,buat kerja sana-sini,hari Jumaat ni je hari yang diperuntukkan untuk MB. Kadang-kadang pelik juga,bukan lama pun ambil masa untuk MB ni,kadang-kadang sejam lebih sikit je,betul tak kan?? PMRAM memang memahami keadaan ahli-ahlinya yang sibuk ,itulah sebab PMRAM mengosongkan hari Jumaat khusus untuk MB dijalankan.

Tidak akan rugi bagi sesiapa yang masuk menyertai halaqah MB ni. Malah membantu mengembangkan ilmu yang kita ada. Setengah orang ingat MB ni tak menambahkan ilmu. SILAP!!! TOTALLY WRONG!! Dalam MB ni menguat dan mengukuhkan ilmu yang kita ada. Percaya dan yakinlah wahai sahabat-sahabatku.

Ucapan Presiden PMRAM 2010 pernah cakap “hanya mati sahaja yang akan menghalang untuk tidak pergi ke MB”. Fuh…amacam ayat tu,mendalam maknanya,sebab apa Presiden cakap macam tu?? Sebab MB ni memang penting gila. Ingatlah wahai sahabat-sahabatku yang dok culas-culas tu,mai la MB,dah la program tak mai,MB tak masuk,so apa hangpa dapat?? Jangan bagi alasan sibuk hari Jumaat. Mana ada program hari Jumaat.


Tapi ada juga nak buat program hari Jumaat. Aduh…memang parah orang macam ni,cakap orang tak nak dengar. Udoh le..hanya orang-orang yang berakal sahaja yang akan berfikir dengan apa yang ana tulis ni. Harap dapat memberi kefahaman kepada sesiapa yang belum faham. Bagi yang belum merasai ‘zuq’ MB ni,teruskan berada dalam MB ye,jangan lari-lari ok. Selamat ber’MB’.

1 comment:

  1. some people hate the usra. u can see here. she is zagazians..
    http://www.facebook.com/Nana.Naena/posts/124755060916210

    ReplyDelete

Iklaneka

Gambar KPIPM