Assalamualaikum,
Salam perkenalan buat sahabat-sahabat yang dirahmati Allah s.w.t sekalian. Syukur kepada Allah kerana membenarkan kita hidup di muka bumi Allah ini dengan 2 nikmat yang paling besar iaitu iman dan Islam. Siapakah penyebab kita dapat nikmat ini? Tidak lain hanya dari kejuhudan nabi junjungan kita nabi Muhammad s.a.w dalam berdakwah pada ketika dahulu sehinggalah sampai kepada kita sekarang.
Pantun 2 kerat: naik kereta ada roadblock, pasal apa tiba-tiba ber’blog’.
Ha…..cantik soalan tu..mungkin ada pada sahabat-sahabat yang cuba bertanya pasal tu.
Di arus globalisasi yang semakin mencabar dan serba kompleks ini mencabar kita untuk mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya kita tidak berani dalam menyahut cabaran sebegini, bagaimana kita mampu untuk terus ke hadapan mengejar arus ini yang tidak pernah menoleh ke belakang. Hasrat di hati memang dah lama nak berblog tapi ada masalah lain yang menghalang niat ini. Namun, pada pagi Jumaat yang lalu(26.3.2010) di Dewan Sheikh Sya’rawi kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Faizal Jaafar cukup lantang menyebutkan “medan dakwah luas,bukan hanya tertumpu pada ceramah semata-mata,bahkan banyak lagi ruang yang boleh digunakan oleh Azhari di sini,salah satunya ialah BLOG.”so, berbloglah kita beramai-ramai. Semoga dengan berkat niat yang baik menjadi penyebab kita diterima oleh Allah untuk menempah syurga di akhirat sana nanti. Wallahu Taala ‘Alam.
No comments:
Post a Comment