Tuesday, April 6, 2010

Selesai semua,syukur...


Alhamdulillah,syukur kepada Ilahi, selesai satu Program Kursus Keusahawanan anjuran kali pertama oleh Biro Ekonomi dengan kerjasama C.Tee Salon Sdn Bhd dan Felcra Traning Sdn Bhd. Saya sebagai pengarah program mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam program ini, terutamanya pada sebelah akhawat yang ramai memberikan komitmen dalam program ini.

Namun, sehari sebelum program bermula,kita semua telah dikejutkan dengan pemergian sahabat kita Ustaz Hafizul Husna B. Salehuddin akibat kemalangan jalan raya kelmarin. Saya yang dalam usaha menyiapkan segala perkara untuk program bertambah terkejut dengan berita tersebut. Pihak persatuan telah menguruskan segala urusan jenazah sehingga urusan pengebumian. Terima kasih kepada pihak persatuan kerana menghulurkan bantuan dalam menyelesaikan segala urusan.

Saya sebagai pengarah program pula bergegas ke wisma A selepas selesai pengebumian untuk meneruskan aturcara program keusahawanan. Berat rasa hati ini untuk meneruskan program,namun demi meraikan pihak penganjur yang datang dari jauh (Malaysia) untuk mengadakan program ini. Program yang pada perancangan awalnya bermula pada jam 8.00 pagi,namun dilewatkan sedikit kepada jam 2 petang setelah urusan pengebumian selesai.

Tapi Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan saya sangat-sangat berterima kasih kepada semua AJK pelaksana yang memberikan komitmen yang tinggi walaupun dalam kekalutan menyelesaikan urusan pengebumian. Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Ustaz Hafizul Husna B. Salehuddin. Moga rohnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin. Amin ya rob.

No comments:

Post a Comment

Iklaneka

Gambar KPIPM