Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah
komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk
menghantar e-mail kepada isterinya.
Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut.
Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut
mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya
terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mail pertama itu
si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas
ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun
membaca mesej di dalam skrin komputer:
To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampai
Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita
boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan
kesayangan kita.
Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu
pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang
lalui ketika ini.
sEnyuMan iTu sATu sEdEKah...
sEntiAsA tERsenyuM iTu sAtu mAsaaLAh..
No comments:
Post a Comment