Friday, April 9, 2010

Terima kasih semua


Saya sangat tersentuh melihat keprihatinan daripada semua ahli KPIPM semasa hari pengebumian Ustaz Hafizul husna B. Salehuddin ahad lalu. Walaupun seperti kelewatan menghuraikan perkara ini, namun saya tetap untuk meluahkannya kepada semua.

Mengikut dari kenyataan Ust Syed Aisam YDP perlis yang mengatakan bahawa ini merupakan pengebumian yang paling ramai dihadiri. Kerana mengikut kepada pengalaman beliau yang sudah lama dalam proses pengebumian ini, belum pernah seramai ini yang datang menziarah. Sahabat-sahabat dari muhafazah pulang menziarah yang paling ramai dan solat jenazah yang paling ramai. Ini adalah satu bukti kukuh untuk mengatakan ukhuwah di antara ahli KPIPM adalah sangat kuat dan utuh. Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bersama-sama membantu dalam menguruskan segala urusan pada ahad lepas. Hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan sahabat-sahabat. Terima kasih bersama KPIPM.

No comments:

Post a Comment

Iklaneka

Gambar KPIPM