Fuh…sekarang ni memang time untuk semua pulun study,termasuk yang menulis ni sekali. Tak Nampak benda lain dah,nak keluar pergi Mahattah pun rasa berat. Kalau nak balik Kaherah memang kena pergi sana. Buat sahabat-sahabatku yang sedang tekun study,teruskan study,anggaplah exam ni adalah satu medan pertempuran yang dahsyat,so kena buat persediaan yang cukup rapi,samada persediaan jasmani dan rohani.
Sebut pasal jasmani ni,haa…kadang-kadang orang dok ingat puuuluuun je,tinggal habis yang lain,riadhah pun tinggal,bermasyarakat pun tinggal,makan pun tinggal dan lagi teruk persatuan pun ditinggalkan. Salah tu kalau mengamalkan cara begitu. Sebab kita perlu bijak menimbang keadaan. Makna katanya,bukan tinggal terus dalam time begini,tapi just kurangkan sedikit dari sebelum ni. Kalau sebelum ni bermasyarakat 70%,time begini turunkan sedikit kepada 30%. Yang penting ada jugak ruangnya. Formula ni boleh digunakan oleh semua peringkat samada Dirasat mahupun Perubatan.
Haha..sebut pasal perubatan ni,ingin ana berkongsi dengan semua pasal perubatan Zaqaziq ni. Sekarang ni sedang mengalami demam pilihanraya PCZ. Cukup hangat dan meriah dengar ceritanya. Pertukaran tampuk kepimpinan PCZ tahun ini memang nampak macam best.
Kepada sahabat-sahabatku dalam AJKT PCZ yang akan turun,jangan rasa diri tu boleh rehat lepas turun ni. Silap banyak la…huhu. Banyak lagi kerja yang sedang menanti kalian selepas turun ni. Hanya menunggu kalian untuk menjalankan kerja-kerja Islam ni. Bekerja ni tak mengira masa,perlu istiqamah terus menerus,barulah kita sentiasa bersama thabat dalam perjuangan.
Selamat berkempen ana ucapkan kepada calon-calon baru. Dan kepada yang ahli ni,tengok dan fikirlah. Nilailah mereka adakah calon-calon baru ni dapat menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya nanti. Dapatkah memahami kerja dan tugas dengan baik coz kefahaman adalah faktor yang cukup penting dalam mengendalikan pelayaran sebuah bahtera. Pilih hok molek-molek ar…
Akhirnya kepada sahabat-sahabatku Dirasat yang berada dalam AJKT DPMZ,study bebeno na… kerja tetap kerja tapi timbang-timbangkan keadaan ye. Kesian ana tengok AJKT DPMZ ni,orang lain semua dok pulun,diorang kena buat kerja. Untuk kebaikan bersama jugak. Ana doakan AJKT DPMZ dan AJKT KPIPM dan semua sekali dapat menjawap exam nanti dan diberikan kejayaan. Amin ya rob. Lepas baca ni doakan untuk kita bersama ye. Salam maju jaya semua.
No comments:
Post a Comment