Assalamualaikum kepada sahabat-sahabatku yang dirahmati oleh Allah S.W.T. pasti ramai yang menanti-nantikan post yang terbaru…huhu. Blog ni pun dah semakin bersawang dah. Siap kena perli-perli lagi pasal dah lama sangat tidak berupdate.
Ha..ni benda baru yang ana jumpa kat dalam fan page PMRAM tadi.
KAJIAN KEBERKESANAN KERJA MALAYSIAN STUDENT DEPARTMENT (MSD) DI LUAR NEGARA.
“Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sedang menjalankan kajian di atas untuk mengenal pasti sejauh mana keberkesanan kerja yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai atase pendidikan di Malaysian Student Department (MSD) di luar negara. Sehubungan itu, kerjasama Tuan/Puan adalah dipohon untuk menyatakan pandangan ikhlas ke atas beberapa pernyataan seperti yang terkandung di dalam borang soal selidik ini”.
Begitulah ayat yang tertulis kat situ. Oleh yang demikian,anda semua yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi terutama di muka bumi Mesir 25 YANAYER ni…hihi…adalah digalakkan untuk mengisi dan menjawap soalan-soalan yang ada dalam tu.
Ini adalah peluang bagi kita yang maybe ada rasa kurang selasa ketika berurusan dengan pihak MSD. Sometimes suara kita tidak didengari oleh orang atasan sebab kita duduk bawah ni. Dengan cara ini maybe boleh jadi saluran untuk didengari oleh mereka yang bertanggungjawap.
Hope-hope saluran ini tidak dilepaskan oleh kita dalam meningkatkan lagi kualiti urusan MSD. Hope-hope jugak lepas ni takde la pegawai-pegawai yang tidak professional dalam berkerja. Kata kerja ‘ini’ tapi lebih-lebih dengan kerja ‘itu’,bagi borang ‘itu’ borang ‘ini’ ...hahaha.
Paham-paham la ye…sapa yang tak paham kena la kaji apa yang dimaksudkan dengan ‘ini’ dan ‘itu’. Pastikan integriti mahasiswa tidak dijabuli.
Tapi lepas ni jangan takda respon langsung pulak oleh orang atasan,kita dah respon macam-macam tapi takda tindakan untuk merubah. Pastikan ada perubahan,kalau tak gak…hahaha…tengok apa dah jadi dengan Mesir baru-baru ni. Jangan berlaku sekali lagi dengan masalah ini.
Ok semua,pastikan anda menjalankan tanggungjawap anda. Macam mengundi la pulak…hahaha..ok wasalam
No comments:
Post a Comment