
Sunday, July 4, 2010
Ibnu Ir fadzil kena langgar....hati-hati la kome

Saturday, July 3, 2010
Himpunan Tak Nak Judi 3 Julai 2010

KUALA LUMPUR, 3 Jul: Lebih 3 000 membanjiri perkarangan masjid negara hari ini bagi menyatakan bantahan tak nak judi kepada kerajaan.
Himpunan anjuran Gerakan Rakyat mansuh judi petang tadi bermula dengan soat Asar berjemaah di Masjid Negara. Mereka kemudian berhimpun di perkarangan masjid bagi mendengar ucapan dari penganjur dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Turut berucap di perhimpunan tersebut Pengerusi GMJ Cikgu Azmi bin Abd Hamid, Setiausaha Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hasan.
Pada himpunan itu juga turut dilancarkan kempen tak nak judi dan buku tak nak judi.
Nasib seorang ayah
.jpg)
Sedih rasa hati ni bila tengok sekarang ni…manusia dah jadi ‘kacang’ pasal dah lupakan ‘kulit’. Jasa seorang ayah yang telah bertahun-tahun membesarkan anak dengan penuh kasih sayang dilupakan begitu sahaja. Allah….sedihnya bila difikirkan balik. Seorang ayah tidak layak langsung untuk diletakkan ditempatkan di mana-mana pusat jagaan pun,apatah lagi tempat bukan Islam so moga-moga Allah pelihara kita bersama daripada tersilap memilih keputusan dalam menjaga hak ibu bapa kita. Sayangilah mereka selagi mereka masih berada disisi kita
Nasib Jaafar dapat perhatian
GEORGETOWN: Hasrat warga emas, Jaafar Ali, 85, untuk beribadat di tempat lebih selesa akhirnya tercapai apabila ‘diselamatkan’ daripada terus mendiami sebuah rumah jagaan orang tua swasta yang dikendalikan bukan Islam di Mount Erskine di sini.
Semalam, beberapa kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Timur Laut mengunjungi pusat jagaan berkenaan untuk membawanya keluar dan menghantar ke Pusat Jagaan Darul Hannan di Kepala Batas, dekat sini.
Keputusan itu hasil perbincangan bersama beberapa ahli keluarga Jaafar dan JKM selepas kisahnya disiarkan di Berita Harian, semalam.
Pengarah JKM Timur Laut, Khairul Amir Ahmad, berkata pihaknya memanggil keluarga warga tua terbabit di pejabatnya untuk berbincang mengenai pemilihan pusat jagaan untuk bapa mereka itu.
“Perbincangan itu sama ada keluarganya ingin menjaganya, menghantarnya ke Pusat Jagaan Darul Hannan di Pongsu Seribu, Kepala Batas atau menempatkan ke Rumah Seri Kenangan di Ulu Kinta, Perak.
“Akhirnya mereka bersetuju menempatkan Jaafar ke Pusat Jagaan Darul Hannan dengan kos penginapan di pusat jagaan itu ditanggung mereka,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Semalam, Berita Harian melaporkan mengenai penderitaan Jaafar yang mendakwa dirinya ‘dibuang’ ahli keluarganya dengan menempatkannya di sebuah rumah jagaan orang tua swasta dikendalikan bukan Islam.
Jaafar yang mendiami pusat jagaan itu sejak setahun lalu menyatakan hasratnya keluar daripada situ untuk tinggal di kawasan lebih selesa bagi membolehkannya beribadat dengan tenang sebelum ‘menutup mata’ selama-lamanya.
Sementara itu, Pejabat Berita Harian Biro Pulau Pinang menerima panggilan daripada pelbagai pihak, antaranya Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bendera yang simpati dengan nasib Jaafar untuk membantunya.
Malah, seorang pemanggil enggan dikenali dari Shah Alam, Selangor menyatakan kesanggupannya untuk mengambil Jaafar sebagai bapa angkat kerana beliau tidak lagi mempunyai bapa.
Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata beliau sudah mengarahkan Pengarah JKM Pulang Pinang supaya memberi perlindungan kepada Jaafar yang sudah setahun menginap di rumah jagaan bukan Islam yang menyebabkan beliau sukar beribadat dengan tenang dan selesa.
Brazil pulang hampa..

PENJAGA gol Brazil, Julio Cesar, hanya mampu memandang bola tandukan pemain Belanda, Wesley Sneijder menerjah jaring pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, malam tadi. - Foto AFP
Belanda ke separuh akhir selepas tewaskan juara 5 kali
PORT ELIZABETH: Impian Brazil memenangi gelaran Piala Dunia keenam berkecai apabila Belanda bangkit garang untuk merakamkan kemenangan 2-1 dalam saingan suku akhir yang menarik, lewat malam tadi.
Wesley Sneijder muncul wira dengan gol pada minit ke-68 menerusi tandukan hasil sepakan sudut.
Terdahulu, Brazil mendahului seawal minit ke-10 menerusi Robinho tetapi Belanda menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Felipe Melo, minit ke-53.
“Kami sudah berjaya layak ke kelompok empat teratas dunia. Anda harus rasa gembira dapat menewaskan Brazil dalam suku akhir,” kata Sneijder selepas perlawanan.
“Pada waktu rehat dalam bilik persalinan kami berkata kepada sesama kami untuk memberi terbaik pada babak kedua dan kami berjaya melaksanakannya.’
Belanda layak ke separuh akhir buat pertama kali sejak tewas kepada Brazil menerusi sepakan penalti pada 1998 di Perancis dan kini akan menentang Uruguay atau Ghana dalam separuh akhir 7 Julai ini.
Jurulatih Belanda, Bert van Marwijk berkata kebangkitan pasukannya selepas rehat menunjukkan mantap anak didiknya kuat.
“Pada 20 minit pertama saya gembira kerana kami hanya ketinggalan 1-0 dan saya yakin kami ada peluang. Pada babak kedua kami menunjukkan betapa hebat kami,” katanya. - AFP
Ermm…pada asalnya ana ingat Brazil menang lagi tahun ni,namun awan mendung tidak semestinya hujan. Huhuhu…mesti yang ramai kecewa,takpe la…Brazil naik kapal elok-elok ye…hihihi
Friday, July 2, 2010
Anak muda Malaysia buktikan benci judi esok

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) menyeru anak-anak muda Malaysia bersama-sama dalam himpunan kempen Tak Nak Judi esok, 3 Julai di Masjid Negara sebagai membuktikan kepada negara bahawa mereka membenci judi.
Setiausahanya, Suhaizan Kaiat berkata, semua agama dan bangsa dialu-alukan untuk menyertai kempen tersebut kerana amalan judi jelas bertentangan dengan semua agama.
"Wahai anak-anak muda Malaysia bangkitlah menolak rasuah, salahguna kuasa, pembaziran dan perjudian. Masa depan negara terletak di tangan kita. Bebaskan negara daripada amalan berjudi. Buktikan keazaman kita untuk menyelamatkan agama, bangsa dan tanah air daripada amalan keji ini.
"Mari kita buktikan kepada negara bahawa generasi Anak Muda Malaysia bencikan judi. Marilah kita buktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kami semua bencikan judi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suhaizan memberitahu, himpunan akan dimulakan dengan solat Zuhur dan solat hajat secara berjemaah di masjid bagi yang beragama Islam sebelum ucapan daripada wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik sekaligus pelancaran kempen berkenaan.
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat turut berkata, negara bakal mencipta sejarah esok kerana buat pertama kalinya sejak merdeka, rakyat berjaya menolak judi sukan dan GMJ melangkah ke hadapan dengan mendidik rakyat membenci judi yang merupakan amalan yang tidak baik dan boleh meruntuhkan keluarga, masyarakat dan negara.
"Sama ada kita suka atau tidak, aktiviti judi telah dibuktikan menjadi punca kepada ketagihan, pergaduhan, kehancuran, penindasan, penipuan, kemalasan dan keganasan. Apakah kita sanggup melihat 50 tahun kedua negara kita selepas merdeka berduka dengan amalan keji daripada amalan syaitan ini?
"Kita harus menginsafi di sana terdapat anak-anak, wanita, orang tua dan keluarga yang telah lama menjadi mangsa kepada ketagihan judi ini,” ujarnya.
Katanya, mereka ditendang, disepak, dipukul dan dihina oleh suami atau anak-anak mereka yang kalah judi.
“Mereka semua menanti kita semua menyelamatkan negara daripada amalan yang jelas bertentangan dengan semua agama ini," katanya lagi.
Tegasnya, keburukan amalan judi tidak dapat disangkal lagi oleh semua bangsa dan agama kerana terbukti mengkayakan pengusaha judi dengan menjadikan rakyat yang ketagihan judi sebagai mangsa.
Justeru, beliau menggesa semua rakyat bangkit membasmi amalan zalim itu.
"Mungkin kita berbeza agama, bangsa dan fahaman politik tetapi semua kita boleh bersetuju bahawa judi adalah amalan yang hina,” katanya.
Menurutnya lagi, judi tidak boleh membahagiakan pemain judi malah menghancurkan mereka di mana yang tetap kaya di atas penindasan itu adalah pengusahanya.
Katanya, modus operadi judi dan dadah adalah hampir serupa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa untuk memperkayakan beberapa kerat orang kaya dan yang ketagihan sebagai pelarisnya.
"Bukankah itu zalim namanya? Mengapa kita menjadi lemah kerana tekanan-tekanan persekitaran kita. Apakah kita sanggup mempertahankan beberapa kerat pengusaha judi sehingga kita sanggup membiarkan rakyat terbanyak ditindas dan dihina? Bukankah itu dayus namanya?" soalnya.
Nik Aziz: Ajar seks ibarat ajar pencuri mencuri

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.
Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.
"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.
Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai "zina" dan bukan "seks bebas" seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak.
"Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.
Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut.
Sunday, May 16, 2010
selamat imtihan semua

Salam
Lama sungguh tidak mem’blog’kan diri,huhuhu….ari ni rasa nak mem’blog’ pulak. Bukan sebab apa berhenti sekejap,just sebab imtihan dah dekat so focus tu lari sikit. Mungkin sebab baru lagi ber’blog’ pastu tak pandai nak bahagi masa,padahal boleh je nak buat macam ibnuirfadzil,redqolbi dan banyak lagi. Insyallah lepas imtihan ni cuba untuk mempertingkatkan mutu kerja.
Erm…tapi yang penting post kali ini untuk semua sahabat-sahabat seperjuangan dengan ana yang akan menghadapi imtihan hujung bulan ni,pesanan ana buat betul-betul(memang la…xkan nak wat main-main pulak),beri tumpuan dalam bulan ini lebih dari bulan-bulan lain(focus ngn pelajaran) sebab imtihan ni hanya kayu pengukur kita untuk berada di bumi mesir. Tapi bukan bermaksud orang yang ulang tahun tu tak pandai,tu la ana kata tadi ‘hanya kayu pengukur’ sahaja. Ilmu ada di dalam dada bukan hanya di atas kertas. Kadang-kadang ada orang ada ilmu tapi ilmu tu jadi sekadar maklumat,tidak ada dalam diri. So akhir kata, buat yang terbaik. Ujian pasti datang dalam fatrah ini,ana doakan sama-sama kita dapat menempuh segala ujian dari Allah ini dengan tabah dan sabar.’Do the best’…..kata mak ana pada ana. Ari ni pun ana nak kata pada semua …………‘DO THE BEST’………….