Saturday, July 31, 2010

Ibu dihukum rejam mohon peluk anak


LONDON: Seorang ibu Iran yang dihukum rejam hingga mati kerana kesalahan berzina di Iran merayu supaya dibenarkan untuk memeluk anaknya, dalam surat yang dikeluarkan bagi pihaknya oleh kumpulan aktivis hak asasi manusia semalam.

Sakineh Mohammadi-Ashtiani, 43, ibu kepada dua anak dijatuhi hukuman terbabit selepas didapati bersalah.

Hukuman terbabit mencetuskan kritikan negara Barat dan ditangguhkan buat sementara awal bulan ini oleh ketua kehakiman Iran, Sadeq Larijani.

“Saya Sakineh Mohammadi-Ashtiani, dari Penjara Tabriz mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengingati saya,” kata surat beliau yang diterjemahkan daripada bahasa Parsi kepada bahasa Inggeris dan dikeluarkan Jawatankuasa Antarabangsa Menentang Hukuman Rejam.

Mesej itu disampaikan melalui perbualan telefon, kata jurucakap jawatankuasa itu, tanpa menjelaskan lebih lanjut.

“Saya berdiam diri dan sedih kerana sebahagian hati saya sudah kaku,” katanya. “Sebelum tidur setiap malam saya memikirkan bagaimana seseorang boleh bersedia untuk melemparkan batu ke arah saya, menyasarkan pada muka dan tangan? Kenapa?

“Tolong saya untuk terus hidup, memeluk anak saya.” Sakineh didapati bersalah pada 15 Mei 2006 kerana mempunyai hubungan haram dengan dua lelaki, kata peguam beliau dan Amnesty International di London. Amnesty berkata, dia diberikan 99 sebatan bagi setiap hukuman tetapi kemudian dituduh melakukan hubungan luar nikah ketika masih berkahwin pada September 2006.

Datuk bandar London seru berpuasa


LONDON - Seorang pemimpin politik dari parti Konservatif, Boris Johnson menyeru penduduk London berpuasa selama sehari pada bulan Ramadan bagi memahami ajaran Islam dan menghapuskan persepsi negatif mengenai masyarakat Islam.

Bekas wartawan The Timesdan The Daily Telegraphberasal dari New York, Amerika Syarikat itu berkata demikian ketika melawat Masjid East London selepas dilantik menjadi Datuk Bandar London menggantikan Ken Livingstone kelmarin.

"Cuba berpuasa walaupun sehari dan berbuka di masjid, anda pasti lebih memahami ajaran Islam," kata Johnson, 46, dan kemudian turut memuji lebih 600,000 penduduk Islam di London dalam membangunkan ibu negara Britain itu sejak sekian lama.

Mahasiswa azhar dipaksa kahwin!!



KANGAR: “Jika tak mahu ditimpa kejadian buruk, kami dipaksa bersetuju anak kami dikahwinkan dengan anak perempuannya,” kata seorang lelaki yang mendakwa anak lelakinya, penuntut sebuah universiti di Mesir, dilari dan dikurung seorang guru silat untuk dipaksa berkahwin dengan anak gadisnya.

Mohd Fuzi Mohd Zain, 57, mendakwa guru silat berkenaan turut menetapkan tarikh pernikahan pelajar terbabit dengan anak gadisnya berusia 24 tahun, esok.


Menurut Mohd Fuzi, anaknya, Mohd Firdaus Mohd Fuzi, 27, pelajar Jurusan Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, pulang ke tanah air untuk cuti semester sebelum gagal dikesan sejak 15 hari lalu selepas berkunjung ke rumah guru silat berkenaan di Padang Besar, dekat sini.

“Kami gagal menghubungi Firdaus dan tidak tahu di mana dia berada. Namun, kami percaya dia disembunyikan guru silat berkenaan,” katanya yang tinggal di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur.

Mohd Fuzi berkata, dia dan isteri (Jamiah Hamid) bergegas ke Perlis dan berjumpa guru silat berkenaan untuk mencari Firdaus namun kecewa apabila lelaki berusia 50-an itu enggan menyatakan di mana anak mereka berada.

“Sebaliknya, dalam pertemuan itu dia mengajak kami membincangkan urusan perkahwinan Firdaus dengan anak gadisnya yang ditetapkan pada 1 Ogos.

“Saya terkejut besar apabila dimaklumkan anak saya akan dikahwinkan dengan anak gadisnya kerana sebelum ini Firdaus tak pernah menyebut mengenai perkahwinan walaupun mempunyai kenalan wanita ketika menuntut di Mesir,” katanya ketika ditemui bersama sepupunya, Ahmad Mustapa di sini, semalam.


Kata Mohd Fuzi, sudah banyak kali dia menghubungi Firdaus menerusi telefon bimbitnya, tetapi tidak dijawab dan hingga kini tidak mengetahui kedudukan sebenarnya.


“Firdaus anak sulung daripada lima beradik dan dia amat rapat dengan keluarga, terutama ibunya dan sering meluahkan perasaan kepada ibunya apabila menghadapi masalah. Saya dan keluarga kini bimbang dengan keselamatan Mohd Firdaus.


“Setakat ini, saya tak pernah lihat wanita yang bakal menjadi menantu saya serta status sebenarnya, sama ada janda atau dara. Fikiran saya bercelaru memikirkan nasib Firdaus, malah isteri saya sering menangis kerana tak bertemu anak sulungnya sejak 15 hari lalu,” katanya.

Mohd Fuzi membuat dua laporan berhubung kehilangan anak lelakinya itu di Balai Polis Arau pada 27 Julai dan semalam.

Laporan pertama dibuatnya berhubung kehilangan anaknya ketika hadir di rumah Ahmad iaitu bapa saudara Firdaus di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kangar, di sini.

Laporan kedua pula berhubung ugutan dan paksaan untuk berkahwin diterimanya apabila bertemu guru silat berkenaan di Mata Ayer dekat sini pada 15 Julai lalu.

Menurutnya, Firdaus pernah menuntut di Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) di Beseri, dekat sini, sebelum melanjutkan pelajaran ke Mesir dan mengenali guru silat berkenaan.

Katanya, Firdaus perlu menghabiskan pengajian peringkat ijazah selama setahun lagi di Mesir, bermula November ini dan dia bercadang melanjutkan pelajaran peringkat sarjana di universiti tempatan.

“Guru silat itu mengugut menyatakan ada pemuda sudah gila apabila menolak berkahwin dengan anak gadisnya dan berulang kali menyatakan jangan salahkan dia jika berlaku kejadian buruk terhadap Firdaus,” kata Mohd Fuzi

Mahasiswa amanah raya kemalangan semalam

Gambar hiasan

Salam semua..

Fuh...memang padat masa nak dibahagikan sekarang. Semua pakat sibuk dengan kerja masing-masing,lagi-lagi nak dekat Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM pada 8-9 ogos 2010 ni. Nak update blog pun jenuh. Padahal dok depan laptop ni sampai malam tapi kena buat kerja lain,tak boleh la nak curi tulang. Hari ni curi time rehat ni jap nak citer apa yang berlaku semalam.

Dalam perjalanan nak ke kelas Syeikh Yusri di Muqattom,saya dan Timb. Yang DiPertua Ustaz Amin Abd Rahman menunggang motorsikal biru (yang dah nak runtuh je bunyi time bawak). Tiba-tiba sebelum simpang ke Muqattom (stesyen minyak sebelah kanan) dapat tengok 2 buah motorsikal kat situ. Ustaz Amin yang menunggang motosikal memperlahankan motosikal dan berhenti. Saya tengok 2 sahabat cedera (teruk jugak la). Sorang dilihat berdiri dan darah menitik-nitik dari dagunya dan bibir dengan jubah sedikit koyak akibat jatuh. Yang sorang lagi berdiri dan dilihat seluar lutut kiri koyak dan luka. Difahamkan diorang tak perasan ada bonggol pastu melambung la tak sempat nak brake (bonggol mesir kan banyak sangat).

Terdapat 2 sahabat lagi sedang cuba merawati kedua-dua mangsa dengan membasuh luka dengan air. Dan yang paling saya takjub time tu sebab ada arab berhenti bagi air mineral untuk digunakan basuh luka kedua-dua mangsa. Lepas dah basuh semua arab tu tanya "nak pergi ke hospital ke?" Kami jadi segan nak ikut arab tu pasal baik sangat kot. Pastu dia kata "kome kene jugok pegi hospital" (guna ammi perak) sebab kami macam tolak tawaran dia,lagi pun tak bawak duit banyak pun. Pastu arab tu macam kasyaf je,dia pergi dekat kereta pastu amik duit LE50.00 bagi untuk pergi hospital. Pergh...."bagus gila dia ni" (cakap dalam perut je la). Kami ambik la duit tu pastu arab tu kata dia nak pegi solat jumaat dulu pastu nanti dia pergi hospital yang kitaorang pergi. Dia bagi no. fon pastu dia pun pergi.

Ustaz Amin terus tahan teksi tapi susah gila nak dapat. Bila dah dapat tak nak pulak pegi Hospital Raba'ah. Dekat Raba'ah ni lengkap sikit kelengkapannya. Ada pulak teksi dah nak pergi tapi bila tengok 2 orang berdarah-darah ni terus lari. Erm..tu la karenah manusia,moga kita tidak tergolong daripada orang yang penting diri sendiri.Pastu ada satu moto nak ke Muqattom berhenti tengok kitaorang.Dia berasal dari Indonesia juga prihatin dengan keadaan tu.Kesudahannya ambik keputusan pergi hospital naik moto hasil idea dari Ustaz Sultan (Indonesia tu),abis citer.

2 motosikal bawa 2 mangsa ke raba'ah dan tinggal kitaorang bertiga termasuk dengan Ustaz Sultan tadi. Cadangnya nak tinggalkan moto dekat stesyen minyak tu tapi arab tu tak nak pulak. erm...letih layan arab ni,macam karenah ada. So kena ambik keputusan untuk tolak sampai Sabie' (Rumah Perak A).

Bila dah sampai dekat rumah perak semua masjid dah habis solat jumaat so solat zohor la. 10 minit selepas solat telefon Ustaz Amin tanyakan diorang dekat hospital,Ustaz Amin kata semua ok,sedang menerima rawatan. Saya menunggu Ustaz Amin pulang dari hospital untuk pergi ke Muqattom balik.

Dalam lingkungan 15 minit sebelum masuk waktu Asar Ustaz Amin terima panggilan yang mengatakan mereka semua selamat terima rawatan dan dibenarkan pulang. Alhamdulillah.Arab tadi tu tak tahu apa citer dia.

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah pertama, hati-hatilah menunggang motosikal. Kedua, jangan jadi orang yang pentingkan diri kompom orang tak suka.jadilah macam arab yang tolong kitaorang tadi jangan jadi pemandu teksi tu.ok semua....

Thursday, July 29, 2010

Imam Muda...


MUHAMMAD Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dua jejaka muda ini tampak tenang dan cukup berkeyakinan. Kredibiliti mereka terserlah, walau masih terlihat ada sedikit getar di dada menghitung detik kemuncak pertandingan realiti televisyen berunsur keagamaan terbitan Astro Oasis, Imam Muda.

Malam ini, pukul 9 malam, bermulalah pelayaran terakhir mereka. Salah seorang akan dinobatkan sebagai juara sulung program keagamaan yang telah menarik minat dunia ini. Imam Muda akan menjadi platform buat mereka mencapai visi menjadi imam. Lebih bertuah lagi akan mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, serta sebuah kereta.

Namun akui dua jejaka yang sudah berumah tangga ini, bukan habuan yang mereka kejar. Pertama kali menyertai program seumpamanya ini di kaca televisyen dan terus menjadi fenomena, keinginan asal mereka bukan itu. Masing-masing punya misi sendiri untuk dicapai.

Dalam pertemuan santai kami beberapa hari menjelang malam final, Hiz yang kelihatan sedikit serius berbanding Asyraf yang nampak lebih bersahaja menjelaskan tujuan mereka serta transisi yang telah berlaku sejak tiga bulan menimba ilmu di dalam program tersebut.

"Masa awal sertai pertandingan ini, memang ada rasa aura pertandingan dan tentang kalah atau menang. Tapi lama-kelamaan terutama apabila sudah tinggal berdua, saya sudah tidak rasakan perasaan itu. Sebaliknya saya melihat kedudukan sekarang adalah jalan terbaik buat saya sampaikan sesuatu kepada masyarakat kelak. Ia bukan lagi bersifat untuk kepentingan peribadi," kata Asyraf tanpa teragak-agak.

Hiz yang mengangguk bersetuju dengan pendapat Asyraf kemudian menambah, untuk dirinya sendiri, dia tidak mempunyai sasaran untuk menang. Sebaliknya, sejak awal tertarik menyertai program ini dulu adalah mahu menebus mimpinya untuk menjadi imam. Dia melihatImam Muda mampu menjadi platform terbaik untuk merealisasikan mimpi tersebut.

Katanya: "Gambaran awal saya tentang program ini adalah ia platform terbaik buat saya mencapai misi menjadi imam. Kalau tidak dapat duduk di masjid besar, duduk di surau pun jadilah.

"Namun rupanya, apabila program mula berjalan, gambaran saya itu jauh tersasar. Pengalaman dan ilmu yang saya kutip di sini lebih daripada gambaran saya. Ia cukup besar dan luas. Saya bersyukur kerana mampu bertahan untuk terus mencari ilmu daripada semua yang terbabit dalam program ini."

Enggan memikirkan soal ganjaran, Asyraf dan Hiz sepakat agar pembelajaran serta paparan yang diberi setiap minggu mampu menjadi teladan serta ilmu yang boleh dikongsi bersama.

Untuk tugasan terakhir malam ini, mereka sudah memperkemaskan diri sebaik mungkin. Selain sudah melalui pengalaman mengendalikan ceramah dan aktiviti kemasyarakatan di kampung masing-masing, kedua-dua peserta ini tidak sabar untuk menjalani tugasan pentas yang merangkumi aspek komunikasi serta bacaan al-Quran.

Bukan malaikat

Masing-masing datang dari latar belakang berbeza. Asyraf dan Hiz tersenyum lebar saat ditanya tentang paksi agama yang menyelusup dalam relung hati mereka. Sejak bila ia terjadi.

Hiz dalam keadaan sedikit malu berkongsi cerita. "Saya membesar seperti kanak-kanak lain. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah sebelum keluarga menghantar saya ke sebuah sekolah pondok kerana saya agak nakal.

"Beberapa bulan duduk di sekolah pondok, nakal saya masih belum reda. Namun akhirnya ia berubah perlahan-lahan dan apabila saya mula rajin mengaji al-Quran, sejak itu saya tahu paksi saya betul," kata penuntut Sarjana Muda Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir ini sambil tersenyum.

Sementara bagi Asyraf yang mengaku dirinya agak nakal dan kuat merapu, menerima pendidikan asas daripada keluarga dan itu menjadi pegangan hidupnya.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh dari Universiti Malaya itu berkata: "Saya akui saya bukan orang yang baik sangat. Saya kuat merapu sehingga saya dewasa. Namun paksi itu berubah beberapa bulan sebelum berkahwin pada Februari lalu dan ia semakin dalam selepas saya berkahwin."

Malah mereka mengingatkan bahawa mereka juga manusia biasa, bukannya malaikat. Mereka juga mempunyai keseimbangan dalam hidup iaitu masih suka dengan hiburan namun dalam masa yang sama masih kukuh pada landasan Islam.

"Saya tahu ramai yang beranggapan bahawa banyak orang agama agak kurang senang dengan hiburan. Dulu sewaktu belajar di sekolah pondok, saya turut mempunyai pemikiran yang sama. Kononnya saya tak patut dengar radio atau menonton televisyen.

"Namun sebenarnya kalau mengikut Islam sendiri, semua itu bukan satu larangan. Kita dibenarkan untuk menikmati hiburan asal tidak terpesong. Dan ya, kami juga begitu," kata Hiz.

Tambah lelaki yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga ini, persepsi seperti inilah yang mahu dipecahkan olehnya menerusi program ini. Dia mahu masyarakat tahu bahawa walaupun seseorang itu menjadi imam, dia juga manusia biasa yang mempunyai nafsu dan memerlukan sedikit hiburan mengikut lunas Islam.

Perlu popular

Disogok pertanyaan kepentingan sebuah program keagamaan dan ilmuwan agama itu memperoleh publisiti meluas, pantas Asyraf menjawab - perlu. Katanya program yang menyebarkan dakwah Islam seperti ini yang harus dibangga dan dihebahkan ke seluruh dunia. Dan publisiti yang meluas itu tidak salah agar segala kebaikan tersebar dengan cepat.

"Publisiti amat penting dan perlu untuk program seumpama ini. Tentang ilmuwan agama pula, seseorang pendakwah itu perlu terkenal untuk menarik banyak orang mendengar ceramah mereka. Jika kurang dikenali, orang pun tak mahu pergi ke masjid atau lokasi ceramah untuk mendengar ceramah," katanya.

Hiz pula menyimpulkan: "Kami perlukan platform dan publisiti ini untuk menonjolkan segala kebaikan dan sifat yang dibawa Nabi Muhammad SAW Hanya melalui hebahan, ia akan terlaksana. Semoga apa yang cuba diusahakan ini tercapai."

Berbicara tentang keseimbangan antara popular dan fokus terhadap agama, Hiz memberitahu inilah masa terbaik untuk dia menggunakan dua status tersebut mempengaruhi remaja ke arah kebaikan.

Mengaku dia juga masih perlu banyak belajar, namun jika platform ini adalah jalan terbaik mempengaruhi masyarakat, dia tidak akan mensia-siakannya.

"Memang terkejut apabila diri mula dikenali dan saya melihat ada tanggungjawab yang besar telah masyarakat letakkan pada kami sebagai ikon yang baik.

"Senang untuk saya katakan, kami juga manusia biasa, bukan malaikat dan akan berusaha untuk memberi pengaruh yang terbaik kepada masyarakat," katanya yang senang menggunakan pendekatan 'memandu' berbanding menghukum.

Pernyataan Hiz ditambah Asyraf: "Sebab itu kita gunakan status Imam Muda. Bukan imam hebat atau sebagainya. Oleh sebab itu, kami semua muda dan masih banyak perlu belajar. Kami belajar bersama-sama, ini yang harus dilihat oleh semua orang. Selagi kami diberi kepercayaan, selagi itu kami akan sama-sama membantu ke arah kebaikan. Insya-Allah.

"Dan kami tidak mahu disamakan dengan superstar hiburan. Atau dikatakan superstar Imam Muda. Sebaliknya lebih molek kalau dikatakan kami sebagai penyambung dakwah superstar sebenar kita yang semakin dilupakan iaitu Nabi Muhammad SAW."

Debaran Natijah...tubik doh ko??


Debaran Natijah....aik macam biasa je dengar ayat ni...hahaha..nanti sahabat-sahabat akan dengar juga perkataan "Debaran Natijah" ni...tunggu je tau,

Sekarang ni orang duk tunggu dengan ayat "bila nak keluar natijah imtihan,cuak aku ni". Itulah ayat yang selalu keluar dari mulut sahabat-sahabatku...huhu. Dalam status YM pun orang dah mula letak doa "ya Allah luluskan daku","aku pasrah pada Mu","aku redho atas segala ketentuan Mu" dan sebagainya. Ada pula letak dalam status FB dan banyak lagi. Nak menunjukkan bahawasanya kita tidak akan dapat lari dari bergantung dengan sesuatu. Pastinya bergantung dengan Tuhan yang Esa.

Manusia selalu leka dan lalai (pesanan untuk penulis dan sahabat yang lain) dengan nikmat yang ada tapi bila dalam kesusahan yang memerlukan bantuan atau tempat bergantung,baru nak tunduk dengan muka sekupang (muka Qurush) mintak macam-macam. Moga kita semua jauh dari perkara-perkara tersebut.

Apa pun keputusannya yang kita dapat,pastinya ia dari Allah yang Maha Bijaksana mengatur kehidupan kita dan pasti ianya paling terbaik buat kita.

Wednesday, July 28, 2010

Hantar barang balik Malaysia cepat..


Haaa....mai-mai rapat-rapat,yang jauh mai dekat yang mai rapat....hahaha...ni pasai apa tiba-tiba duk kat pekan sabtu pulak nih....hahaha..selalu ayat macam tu dengar kat pasar-pasar je....hari masuk dalam blog pulak...hahaha....bukan apa,nak bagi tau ni sekarang ni ada lagi satu syarikat baru kat mesir ni menawarkan perkhidmatan penghantaran barang-barang ke Malaysia.

apa nama syarikat tu?? haa...nama dia '' Darul Naim Brother's ''. kalau nak tengok iklan tu macam best gak,so apa lagi tunggu. Lagi-lagi untuk orang yang nak balik Malaysia tak lama lagi, tunggu natijah imtihan " wa ba'den " (pastu) " chalo bete " balik la...huhu

Jangan tunggu lagi kawan-kawan,barang banyak tu,tak kan nak usung sendiri naik kapal terbang nanti..huhu..

Iklaneka

Gambar KPIPM